Peminjam Bertanggungjawab Untuk Membayar Balik Jumlah Pinjaman PTPTN Yang Dikeluarkan Kepadanya Termasuk Kos-Kos Lain Seperti Kos Upah, Perlindungan Takaful, Cukai Setem Hasil Dan Lain-Lain Bayaran Seperti Yang Dinyatakan Dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

CAPAIAN ONLINE

Permohonan Potongan Gaji

Permohonan Direct Debit

Semakan JomPAY

BAYARAN BALIK PTPTN MELALUI AKAUN II KWSP

Langkah #1 – Aktifkan i-Akaun KWSP Anda Anda perlu buat melalui sistem e-Pengeluaran. Ini bermaksud anda perlu aktifkan i-Akaun dahulu. Jika belum sila berbuat demikian dengan melawat mana-mana kiosk KWSP atau kaunter KWSP yang berdekatan. Anda juga boleh hubungi Pusat Pengurusan Hubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk mendaftar. Anda akan menerima kod pengaktifan melalui SMS. Anda gunakan kod tersebut untuk masuk ke laman portan KWSP dan layari ‘Login Ahli’

Add Your Heading Text Here

Langkah #2 – Login i-Akaun KWSP Selesai pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP anda, layari portal i-Akaun anda/ahli. Di dalam itu nanti ada button/link ‘e-Pengeluaran’. Klik pada link permohonan baru untuk mulakan proses pengeluaran KWSP untuk bayar baki pinjaman PTPTN anda.

Langkah #3 – Tunggu Messege SMS Atau Inbox i-Akaun Anda akan menerima messege SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun. Permohonan untuk e-pengeluaran biasanya tidak memerlukan masa yang lama untuk diluluskan jika jumlah wang dalam Akaun 2 KWSP anda mencukupi. Prosesnya mungkin akan mengambil masa 2 hingga 3 hari atau kurang dari satu minggu. Sebagai contoh anda akan mendapat mesej seperti di bawah.